Posted by: zetty89 | Oktober 31, 2009

kemesraan di kotak kenangan…

sebenarnya, sudah lama aku berfikir untuk menulis entri ini… Ia merupakan salah satu kenangan yang paling berharga dalam diriku.. sungguhpun perkara ini berakhir dengan tangisan di hati…

 

aku mempunyai seorang sahabat yang baik denganku… kisah suka, duka, lucu mahupun isi hati yang merapu sering dikongsi bersama… malah, permulaan putaran rodaku juga semasa aku bersahabat dengan beliau… namun…

 

bukanlah hamba mencipta sengketa,

bukan juga si dia yang punya angkara,

cuma keegoan hati yang sama,

satupun tidak mahu mengalah…

 

sekejap bergaduh, sekejap baik,

kata orang, itu untuk lebih saling mengenali,

sebaliknya pengalamanku,

gaduh, baik, sepeti panas dan sejuk….

 

sengketa dan suka silih berganti,

kematangan yang belum lagi kami miliki,

dan juga kelantangan bentakan hati masing2,

sebuah batu yang kukuh pun mampu merekah..

 

dari perhentian sehingga ke daerah seterusnya,

aku masih tidak menjumpai sahabatku ini,

hanya satu sahaja yang inginku sampaikan,

persahabtan kita tidak pernah ku rasa terhenti…

 

pernah mencuba, tetapi sepi

yang dikirim, dianggap tiada erti

dalam hati, harap kau mengerti,

kaulah sahabt yang aku sayangi…

 

salahku, menyalahkanmu…

salahku, kerna keegoanku…

salahku, kerna tidak menghargaimu…

salahku, kerna tak pernah sedar, persahabatan ini amat bermakna…

 

namaya hampir sama bunyinya dengan namaku, minat yang sama, hobi yang sama, citarasa yang sama… adakah persamaan ini menafikan segalanya? atau persamaan ini sering menimbulkan sengketa?

namun bagiku, yang berlalu biarlah berlalu…

teman seandainya kita ketemu, janganlah berpaling muka… ku merindui kemesraan kita seperti dahulu…

 

 

 


Leave a response

Your response:

Kategori