suatu kepastian….
semua orang mempunyainya…
aku juga sama…
mereka pun sama…
namun, tahap kerapuhan dan kekuatannya berbeza…
yang aku tahu, seringkali hadir 2 situasi serentak…
samada kerapuhan seiring bersama kekuatan,
ataupun kekuatan yang melitupi segala kerapuhan…
kendatipun keadaan sebegini sering berlaku,
aku tidak pernah lupa akan sesuatu yang akan berdiri secara sendiri…
mungkin hanya kerapuhan yang akan menonjol…
ataupun hanya kekuatan yang timbul….
semua itu bkan suatu kepastian…
kerana kini,
diriku hadir dalam 2 keadaan…
kerapuhan yang cuba disembunyikan dengan kekuatan,
ataupun kekuatan yang sebenarnye sedang rapuh….
tika inilah, aku semakin buntu…
dengan kerakusan takdir dan dugaan…
yang mengusik kepingan hati ini…
kenangan laluku di arus deras rindu,
dibuai bersama rintik hujan berderu angin gemersik,
lantas perasaan hiba menghempas di dada,
dek kerana anyaman sempurna sang kesepian dan kesedihan,
hanya tangis hiba mampu merungkaikan sebuah keharuan…
ku sedar, perahu kecilku masih belum cukup kukuh,
untuk melalui badai gelora lautan Ilahi…
akanku leraikan kehibaan dan memujuk hatiku ini….
agar tidak menyerah selagi tidak sampai di daerah sempadan…
Ya Allah, inginku melayari lautanMu tanpa kekesalan mahupun kerugian… kerna, hatiku seringkali lemah dan tidak bermaya dek kerana kealpaan dan kelekaanku sendiri… titpkanlah diriku sebuah bigkisan hidup yang bahagia dan bahagia… agar bisa ku yakin untuk berlayar dalam gelora ujianMu… hanya kerapuhan dan kekuatan yang saling melengkapi bakal menjadi ubat yang paling berharga… Ya, mungkin….
Sirami yg rapuh itu dengan baja kesabaran kerana di situ datangnya kekuatan..gtew..terover plak mek..
shebby: thanx phoora…. ngeh3x.. u mmg selalu over uolsz..
By: goldensafa on Ogos 25, 2009
at 9:12 am
Salam.
Monolog yang sangat kuat kesannya. Mesti ada sesuatu yang berlaku.
Tapi bukan mudah hendak menjadi kuat dan bukan senang untuk menjadi rapuh.
Kuat dan rapuh sifat yang tidak kekal.
Kuat dan rapuh boleh menjadi andaian kepada semua perkara.
Kuat dan rapuh nilainya boleh disamakan.
Kuat dan rapuh juga boleh disama ertikan pada kehidupan.
Tapi, kuat dan rapuh sifatnya tidak akan kekal.
To ensure our journey strong or not, you should trust yourself.
Jangan risau, ada yang sentiasa bersama kita dik.
Jangan gundah, ada yang sentiasa mendoakan kita dik.
Jangan sedih, ujian membuatkan kita lebih tabah.
Hapuskan ideologi ‘kuat dan rapuh’ buat seketika.
Ramadhan sudah tiba, rebutlah peluang dik.
InsyaALLAH, semuanya mesti akan dipermudahkan.
W’salam.
shebby: a. boan…. yup! mungkin “kuat dan rapuh” perlu untuk dilupakan dahulu… ya… terima kasih dgn komen anda… it gives me more to think… =)
By: BOBO on Ogos 27, 2009
at 7:50 am