Posted by: zetty89 | Julai 9, 2009

Aduhh!!!

kerap kali…

aku merasakan perkara yang sama…

kakiku melangkah masuk dengan hati yang berbunga riang…

memikirkan ada yang sedang menungguku untuk dibelai…

melihat dan tercari- cari di manakah aku meletakkannya??

bunyi putaran tidak lagi ku dengar…

di sudut meja, bawah katil, mungkin di tepi patisyen…

tidak ku jumpa…

aku termenung seketika memikirkan semula…

aku memanggil nama mereka….

sekelip mata,

ku sedar..

ia sudah tiada lagi menemani dan mendengar rintihanku…

jika bukan kerana kelalaianku…

pasti aku tidak terasa sedih dan pedih sebegini…

aduh!!!!! sememangnya sukar untuk menerima…

sayang… minta maaf…

bukan niatku di atas semua yang telah berlaku…


Leave a response

Your response:

kategori