Posted by: zetty89 | Disember 18, 2009

Jiranku… MR Crab… =)

hey teman!! berhati- hatilah dengan jiran anda.. mungkinkah mereka stalker ataw Prowler?? hah!! I guess so.. =)  Tapi, x berani nak tuduh2…

Actually, da sory is all about my front door neighbour… begini ceritanya… menurut mak Som (bukan nama sebenar) telahpun bergossip denganku… (mak cik2 ssangat)..

ade seorang jiranku ini, pak Deng( bukan nama sebenar). beliau merupakan seorang warga emas berambut keperangan, susuk tubuh persis MR Crab. Hobinya  bukanlah mencari wang, tetapi mencri ruang. setiap kali ada sahaja orang yang berada di hadapan rumah, pasti akan ditemuramah oleh MR Crab nih. (nak jadi wartawan x kesampaian). pada mulanya, orang melayan beliau, namun setelah beberapa kali asyik disoal siasat, semua yang datang akan mengambil tindakan tidak cakna pada beliau.. huhu!! kasihan…inilah beliau… ala2 joyah zaman moden.. cume x pakai gelang emas dan kasut tumit tinggi sahaja.. =)

menurut cerita Mak Som lagi, beliau seringkali kelihatan di tingkap atas bahagian rumahnya (mcm berkongsi hobi yg same jeh mak som nih)… pada awalnya, aku menyangka MR Crab ini suka menikmati pandangan malam, namun, sebaliknya. mek Som terlihat beliau mengintai di bahagian atas tingkap TOILET rumah beliau… motiiif menikmati pandangan dari toilet? indah sangatkah? dan, die panjat ikut mane? design rumah biasanya, tingkap toilet tinggi kooot… yang lebih melucukan, kejap2 muka ke atas, nampak orang terus temggelamkan muka. jadi, apakah motif di sebalik tindakan  ini?? haihh!! pening skejap dengan perangai MR Crab ni. dan, toilet itu dibiarkan lampunye terang dan orang lain mudah nampak… hurm..

nak dipendekkan cerita, jiranku ini seorang yang amat merbahaya. berhati- hatilah dengan jiran anda… haha!! kepada wanita2, nak salin pakaian di bilik, pastikan anda menutup langsir terdahulu…

stelah habis mendengar cerita Mak Som, aku semakin pelik.. macamane die boleh namapk setiap malam MR Crab melakukan kerja yang sama?? atau pun, mungkinkah keduanya main hide & seek?? who knows… ataupun Mak Som ingin sampaikan yang die sedang dipikat oleh jiran hadapan rumah??  hurrmm… pening2…

Posted by: zetty89 | Disember 16, 2009

Bank Dunia & IMF

Konferens Bretton Woods pada 1994, atau dikenali sebagai United Nations Monetary and Financial Conference, yang mengumpulkan 44 buah negara dari 1 Julai sehingga 22 Julai 1994 di bretton Woods, New Hampshire, untuk mencapai kata sepakat terhadap perubahan dan perlaksanaan peraturan baru terhadap sistem monetari sebelum WW II. 2 perkara besar yang dilakukan adalah dengan menubuhkan International Bank for Reconstruction and Development(IRBD) atau lebih dikenali sebagai Bank Dunia, dan IMF( International Monetory Fund). Kedua-dua institusi ini merupakan institusi sokongan antara kerajaan, bank dunia ini sebagai institusi peminjaman dan IMF ini sebagai institusi kooperatif. Keduanya berfungsi untuk memperbaiki aturan kewangan dunia selepas WW II.

saya sendiri masih lagi tidak memahami apakah perbezaan antara kedua institusi ini kerana IMF dikatakan di bawah Bank Dunia. Lebih menarik,insan yang menjadi pencetus institusi ini masih lagi pening- pening lalat untuk membezakannya..iaitu J.M. Keynes yang juga dikenali sebagai pakar ekonomi yg terulung pada abad ke-20… dalam artikel ini, saya akan cuba untuk berkongsi terhadap hasil pembacaan terhadap beberapa artikel dari laman web sesawang ini. Sekiranya ada pemahaman yang salah, saya mengharapkan ada yang memperbetulkan… =)

Serba sedikit sejarah tentang bank Dunia. Bank dunia ini merupakan 2 institusi kewangan major yang dibentuk hasil konferens Bretton Wood pada 1994. Ianya dibentuk pada 27 Disember, 1945, di Washington. Bank dunia ini menyediakan bantuan teknikal dan juga kewangan kepada negara membangun di bawah skim pembangunan untuk membantu pembinaan jalan, sekolah dan infrastruktur penting dalam sesebuah negara. Matlamat utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan dari dunia ini. Semua 185 negara adalah ahli kepada Bank Dunia ini. Organisasi induk kepada Bank ini adalah The World Bank Group..

IMF pula ditubuhkan secara rasmi pada 27 Disember 1945(sama dengan tarikh penubuhan Bank Dunia) dan beribu pejabat di Washington. Matlamat utama IMF adalah untuk meningkatkan semula kerjasama monetori dunia, untuk meningkatkan semula perdagangan dunia, peluang pekerjaan, kestabilan dan keselamatan kewangan, serta mengurangkan kemiskinan. institusi ini juga meneliti aspek polisi makroekonomik, dan mengkaji kesan terhadap pertukaran kadar matawang dan baki pembayaran. Dalam aspek membuat keputusan dalam IMF, ade kuota- kuoa tertentu yang diberikan. Negara yg mempunyai kuota terbesar seringkali mempunyai kuasa yg lebih besar. US- hampir 18%, jerman, jepun, perancis dan UK masing- masing 5%, arab Saudi 3.5%, jumlahnya, hampir 40%(untuk 6 buah negara ini sahaja), manakala afrika kurang dari 5%.

IMF berfungsi untuk melihat dan mengawalatur sistem monetori dunia sedangkan Bank Dunia ini menyediakan pembangunan ekonomi untuk negara kurang membangun. Selain itu, IMF ini menyediakan pertukaran hubungan dan kestabilan antara negara ahli manakala Bank dunia ini menolong negara membangun dengan menyediakan pelaburan jangka masa panjang untuk projek- projek pembangunan. IMF juga memberikan bantuan kredit jangka masa pendek atau sederhana untuk membantu ketidakseimbangan pembayaran kredit negara ahli. Manakala bank dunia menyediakan kewangan khas untuk negara miskin yang mempunyai KDNK kurang dari 865$ setahun. Sumber kewangan bagi IMF ini datangnya dari kuota khas pembayaran dari setiap negara ahli, manakala sumber kewangan bank dunia ini hasil peminjaman terhadap pasaran bond antarabangsa. Maknanya, IMF mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh dan stabil berbanding Bank Dunia. IMF ini juga mempunyai hampir $215 Billion pembayaran penuh hasil kuota negara ahli, manakala bank Dunia ini memperolehi autoriti kapital sebanyak $184 Billion iaitu 10% dari setiap ahli Bank Dunia. Dalam aspek pekerja pula, IMF ini hanya mempunyai 2,300 pekerja dari 185 negara. Manakala Bank Dunia ini mempunyai 7,000 pekerja dari 185 negara.

Sebagai institusi yang menjadi kepercayaan sebagai pengantara antara negara maju dan membangun serta mundur, terdapat pelbagai kritikan mahupun pertikaian dari segenap pandangan politik.

“50 Years is Enough”

Kira- kira 400 NGO (non- governmental organizations) seluruh dunia telah menagdakan kempen yang mendesak pembangunan dan perubahan major dalam polisi institusi Bretton Woods ini . kempen ini dinamakan “50 Years is Enough” sebagai ulang tahun ke 50 sejak penubuhan Bank Dunia dan IMF pada 1945. Antara kritikan yang menjadi perjuangan kempen ini adalah:

Faktor Sosial

IMF ini dikatakan kurang mempunyai pakar untuk mengendalikan masalah sosial dan masalah alam sekitar dan tidak memyediakan keerluan yang sepatutnya terhadap perbezaan keadaan ekonomi di setiap negara. Kelemahan polisi yang spesifik terhadap negara-negara tertentu telah memberikan masalah terhadap kestabilan ekonomi, dan telah menyebabkan IMF kadangkala tidak efektif terhadap matlamat asal mereka sendiri. Degan hanya memfokuskan hanya terhadap memperbaiki masalah baki pembayaran jangka masa pendek telah mencederakan sruktur sosial terhadap negara yang mereka dakwa memerlukan bantuan. Contohnya adalah di Timur Eropah. Pada 1986, IMF telah memperkenalkan SAP di Yugoslavia yang memberikan merendahkan nilai Dinar. Kesannya, inflasi yang semakin parah telah menyebabkan faktor kepada keadaan penekanan terhadap permasalahan etnik dan nasionalime yang akhirnya mengakibatkan konflik dalaman serantau. Di Rusia dan negara Blok Soviet yang lain, IMF telah memperkanalkan pengukuran “economic shock Therapy” yang akhirnya melibatkan pertukaran sistem kapitalisme kepada sistem ekonomi mereka terdahulu dalam keadaan yang mendadak. Kesannya mengakibatkan masalah pengangguran yang berleluasa dan kes pengagguran di Poland meningkat dari 0% pada 1990 kepada 15% dalam masa 3 tahun sahaja. Hal ini juga mengundang kepada kejatuhan terhadap gaji penganggur dan pemotongan dana terhadap perkhidmatan sosial. Di Rusia pula, keadaan yang sama turut berlaku yang menunjukkan kebangkitan Ultra- nasionalism, dan kebangkitan perjuangan Vladimir Zhirinovsky.

Alam Sekitar

lebih dari separuh $24 Bllion yang dikeluarkan oleh Band dunia adalah untuk dipinjamkan demi pembangunan projek alam sekitar di kawasan yang sensitif. Menurut  kempen ini, rekod pinjaman di kawasan ini disifatkan sebagai “needless environmental destruction and missed opportunities for economically more efficient and environmentally more friendly alternatives”. Sebagai contoh, antara tahun 1986 sehingga 1993, 15% loan dari Bank Dunia adalah untuk projek yang tidak berguna yang telah mengakibatkan kehilangan tempat tinggal 2 juta orang.

Memanjangkan krisis hutang

Kini, sebanyak $278 Billion jumlah hutang terhadap Bank Dunia dan IMF. Tekanan dari hutang ini membenarkan eksport mereka diatur oleh SAPs dan melumpuhkan harga eksport global telah meletakkan banyak negara dalam keadaan yang sangat menyulitkan, memaksa mereka akhirya menjual aset, mengeluarkan dan menggali sumber semulajadi dan mengurangkan perbelanjaan negara. Kebanyakan hutang ini disebabkan pinjaman untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan, seperti Marcos di Filipina, Mobutu di Zaire dan Somoza di Nicaragua. Kebanyakan bank komersil mempersetujui pengurangan jumlah hutang dan penjadualan semua hutang, IMF dan Bank Dunia menolak untuk mengatur semula atau mengurangkan pembayaran hutang negara- negara lain.

Pengamalan pertanian pemusnah

Signifikan terhadap bantuan pertanian dari Bank Dunia adalah program pinjaman untuk membangunkan komoditi eksport. Hasilnya, pengamalan pertanian bertumpu kepada kaedah intensif bahan kimia yang dicipta untuk mencapai hasil pulangan yang lebih tinggi. Ia merangkumi biji benih hibrid yang memerlukan penyiraman intensif, baja kimia, dan penggunaan racun serangga. sehubungan dengan itu, masalah alam sekitar semakin meningkat melalui kaedah pertanian ini. Pencemaran tanah, kekurangan bekalan air bersih, dan kehilangan kepelbagaian genetik komoditi mereka, dan penebangan hutan secara berleluasa. Tatkala penumpuan diberikan untuk eksport komoditi membayar hutang, pengeluaran makanan untuk kegunaan tempatan telah jatuh merosot jatuh berbanding  permintaan makanan di beberapa buah negara. Menurut perangkaan Bank Dunia sendiri, daripada 82 projek pertanian, 45% daripadanya disifatkan tidak memenuhi kehendak. Dalam perangkaan pada tahun 1990, laporan menunjukkan bahawa 100,000 pemilik syarikat projek di timur utara brazil mendapat kebaikan dari projek ini tidak termasuk hampir semua 3 juta penduduk yang menyumbang tenaga untuk menjayakan projek ini. Laporan sulit terhadap projek di India pada 1991 melaporkan prestasi projek dan keadaan kewangan yang menjadi semakin teruk sepanjang projek itu dijalankan. Puncanya apabila melibatkan kos dan masa, pengurangan tenaga kerja dan tahap penyelenggaraan dan kemerosotan alam sekitar.

Akhir sekali,  berdasarkan kepada analisis sebab dan akibat terhadap peranan yang dimainkan oleh institusi Bretton woods ini, apakah kewajaran mereka untuk terus diwujudkan?? saya masih lagi mencari maklumat untuk lebih memahami kedua- dua institusi ini. sekiranya ada yang ingin memperbetulkan atau memberikan pendapat, silakan… =)

Posted by: zetty89 | Disember 10, 2009

uknanalajrep hisam huaj..

konotasi tajuk dan entri kali nie adalah mengenai debat. dan apa yang paling ingin dikomen pada Royal kali ini adalah mengenai perjuangan team aku bersama2 team8. pertama sekali, hati mengucapkan jutaan terima kasih buat jurultih dan senior2 kerna memberi kepercayaan pada diriku untuk membawa nama UPM di gelanggang royal.

susunan team: Utama A, Kak farah, ammar, kak ida, A amer.  Utama B, Kak nida, abg fazil, abg aril, n kak awin. (team ini melayakkan diri ke suku akhir)… muda A, badri, hafiedz, fizah, zahir… (team ini juga berjaya melayakkan diri ke suku akhir).. tahniah kawan2!!!! team aku sendiri, adalah aku(syabira, halilah, tahieyah, maal)  kami mempunyai jejaka simpanan yang sangat bagus. sering membantu kami sewaku prep. hari pertama, menemukan kami dengan team2 senior.

pada pusingan pertama, aku, halilah dan teyah berjaya melakukan dengan baik walaupun team kami banyak valid dan didetect dgn jaya oleh team MMU. namun, itu bukan satu kekecewaan, malah ia menjadi kayu pengukur untuk kami lebih konsisten pada saringan seterusnya.

analisis kelemahan; konsistensi, developing case, celahan masih lagi laha!! hari kedua, konsistensi pasukan sudah ada, namun aspek tidak berjaya untuk menghiperbolakan kesalahan lawan dan salah hiperbola kesalahan sering berlaku. perdebatan menjadi sangat kelakar. pembidasan konsep oleh ku sangat simplisik dan bodoh pandai… kekalahan 2 kali pada hari kedua menggagalkan hasrat untuk ke pusingan kalah mati. berikut merupakan kelemahan aku sendiri:

1. Angle bidasan masih lagi laha!! ( kene tgk video 3rd speaker)

2. gagal gunakan celahan dengan baik. (kene sentiasa berfikir)

3. terlalu simplistik(perlu lebih kreatif)

4. terlalu longgar kes(kalu kerajaan).. ada frasa yg tidak diikat dengan baik.(kene ada rantaian untuk hubungkan usul)

5. penggulungan masih lg ada yg hujahkan semula kes.(tgk lg video penggulungan)

6. persediaan aspek ilmu ku sangat sedikit. (ini akan aku tingkatkan bermula sekarang)…

7. aspek teknikal perlu untuk diperbaiki azam baruku telah pun ditanam.

kini waktunya untuk aku membaja dan melihat hasilnya!!!! buat team8, aku sangat bangga dengan kalian… halilah, taheyah, baaanyak sangat improvement walaupun 1st time mewakili U n team ad-hoc!!

Posted by: zetty89 | November 1, 2009

naturally or plastically….

antara semulajadi, ataupun pembedahan plastik…

aku pun pelik knape aku melambangkan situasi ini begini…

SEMULAJADI: sesuatu yang sah2 kau miliki, dan sah2 hanya kau sahaja yang mempunyainya dan takde org lain leyh dapat ape yg kau dapat…

PEMBEDAHAN plasTIK: susah payah kau cari, untuk kecantikan dan kepuasan sahaja, tetapi hakikatnya, kecantikan luaran itu tidak semahal dan tidak secantik di dalam.. kerna, ia akan buat kau menderita…

luarannya, tampak sempurna, cantik, mempesona, dan bla3x…. pembdhn plastik menghasut fikiran  kau untuk membenci yg semulajadi, dan asyik mencari kesalahan itu… tak kesahla sesempurna mana sekalipun cuba ditonjolkan, tetap yang cantik adalah plastik itu!!!

aspek politiknye, ia akan mempengaruhi cara pemerintahan kau terhadap org bawahan kau.. orang menjadi semakin tidak memahami dan membenci akan ketakburanmu, tak bersyukur dgn apa yang ada. berat sebelah, dan mungkin boleh berlaku penyelewengan yang akhirnya memberi padah pada orang lain… kau menyara banyak keluarga, namun disebabkan plastik, banyak hak orang lain kau ketepikan.

ekonomi: bankrupla kejap2 kene touch up!!!!! silap haribulan, pokaila…

sosial: hubungan sesama manusia akan menjadi lebih teruk.. bak kate A. Syam padaku, public relationship.. haha!!! terimalah natijahnya…

 

sape soh nak chantek jah?! syukur jela dengan ape yang ade…. tapayah tambah beban, plastik bukannye chantek pown… xpun, pilihlah plastik yang sesuai dan tahan lama, bukan pembedahan plastik yang mahaaaal gile, tapi ketahanannya hanya sementara… bankruplah jawapnye…. =(

Posted by: zetty89 | Oktober 31, 2009

kemesraan di kotak kenangan…

sebenarnya, sudah lama aku berfikir untuk menulis entri ini… Ia merupakan salah satu kenangan yang paling berharga dalam diriku.. sungguhpun perkara ini berakhir dengan tangisan di hati…

 

aku mempunyai seorang sahabat yang baik denganku… kisah suka, duka, lucu mahupun isi hati yang merapu sering dikongsi bersama… malah, permulaan putaran rodaku juga semasa aku bersahabat dengan beliau… namun…

 

bukanlah hamba mencipta sengketa,

bukan juga si dia yang punya angkara,

cuma keegoan hati yang sama,

satupun tidak mahu mengalah…

 

sekejap bergaduh, sekejap baik,

kata orang, itu untuk lebih saling mengenali,

sebaliknya pengalamanku,

gaduh, baik, sepeti panas dan sejuk….

 

sengketa dan suka silih berganti,

kematangan yang belum lagi kami miliki,

dan juga kelantangan bentakan hati masing2,

sebuah batu yang kukuh pun mampu merekah..

 

dari perhentian sehingga ke daerah seterusnya,

aku masih tidak menjumpai sahabatku ini,

hanya satu sahaja yang inginku sampaikan,

persahabtan kita tidak pernah ku rasa terhenti…

 

pernah mencuba, tetapi sepi

yang dikirim, dianggap tiada erti

dalam hati, harap kau mengerti,

kaulah sahabt yang aku sayangi…

 

salahku, menyalahkanmu…

salahku, kerna keegoanku…

salahku, kerna tidak menghargaimu…

salahku, kerna tak pernah sedar, persahabatan ini amat bermakna…

 

namaya hampir sama bunyinya dengan namaku, minat yang sama, hobi yang sama, citarasa yang sama… adakah persamaan ini menafikan segalanya? atau persamaan ini sering menimbulkan sengketa?

namun bagiku, yang berlalu biarlah berlalu…

teman seandainya kita ketemu, janganlah berpaling muka… ku merindui kemesraan kita seperti dahulu…

 

 

 

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori